"Tak Payah Manja Sangat, Dekat Je, Jalan Kaki Pun Boleh!" - Tegas Pelajar Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Kebanyakan pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA), Selangor tinggal atau menyewa bilik di Brunsfield Riverview Serviced Apartment, Seksyen 13, Shah Alam. Ini kerana lokasinya yang bersebelahan PSA dan terletak dipusat bandar seperti bersebelahan dengan Stadium Malawati, Aeon Mall, Giant Hypermarket Shah Alam, Space 8 Mall, Masjid, PTPTN, KTM Batu Tiga, Kedai-kedai Makan, Dobi Layan Diri, Bank dan Perindustrian menjadikan Brunsfield sebagai kediaman yang sangat stategik, mudah dan selamat untuk para pelajar PSA.
Selain PSA, Brunsfield juga terletak disebelah Management And Science University (MSU) Shah Alam dan terus menjadikan Brunsfield sebagai kediaman yang mampat dengan penduduk dari kalangan pelajar. Suasana di Brunsfield yang seakan-akan asrama atau kolej kediaman pelajar dan boleh dikatakan hampir tiada pendatang asing yang menetap disana, menjadikan kedai-kedai makan diaras bawah Brunsfield sebagai tempat pelajar berkumpul bagi melakukan aktiviti ulang kaji pelajaran dan sebagainya.
Lokasi Brunsfield yang bersebelahan PSA, memudahkan pelajar PSA yang tiada kenderaan untuk berjalan kaki ke PSA bagi sesi pengkuliahan dengan pantas dan kurang penat. Apabila hujan pula, tidaklah basah kuyup sangat kerana lokasinya begitu dekat yang dianggarkan 2-5 minit sahaja jika berjalan kaki dari Brunsfield menuju ke PSA.

Brunsfield juga merupakan antara pangsapuri yang kelihatan bersih dan mewah yang mana pemandangannya yang cantik dan aman serta bebas dari pencemaran bau, menjadikan Brunsfield sebagai lokasi yang sangat tenang untuk pelajar mengulang kaji pelajar dan berehat. Brunsfield yang dilengkapi dengan kemudahan Kolam Renang, kebiasaanya pada hujung minggu, Brunsfield akan dipenuhi para pelajar dan keluarga yang rajin bermandi manda sambil menenangkan fikiran. Kolam renang Brunsfield akan dicuci setiap satu minggu bagi menjamin keselesaan penggunan serta kebersihan kolam renang itu.
Brunsfield yang memiliki kedai makan diaras bawah yang dilengkapi kemudahan internet dan soket (plug point) serta tawaran harga makanan yang sangat murah menjadikan kedai makan itu sebagai pilihan utama para pelajar PSA yang menyewa di Brunsfield. Nasi putih banyak berlauk ayam dan kuah kari banjir baru RM5.00 sahaja. Mudah dan pantas, tak perlu keluar kawasan pagar Brunsfield, hanya turun lift dan makan, itulah antara keistimewaan yang mampu diperolehi bagi pelajar yang menetap di Brunsfield.
Kes pecah rumah, kehilangan motorsikal, rogol dan ragut adalah antara perkara yang sangat dibimbangkan oleh kebanyakan para pelajar PSA. Tetapi jenayah-jenayah diatas bukanlah perkara yang perlu dibimbangkan oleh penduduk Brunsfield kerana Brunsfield memiliki sistem pengurusan yang sangat teratur. Pemantauan oleh para petugas Pengawal Keselamatan atau nama lainnya "Pak Guard" sentiasa dilakukan selama 24 jam tanpa henti. Dengan menggunakan sistem Kad Akses untuk keluar dan masuk dari pagar Brunsfield, menjadikan pemantauan Pengawal Keselamatan menjadi lebih mudah dan lebih efisyen.
Bagaimana pula dengan harganya? Ini yang ramai ternanti-nantikan untuk membacanya, betul? Untuk harga pasaran Brunsfiled sebenarnya ada banyak jenis harga mengikut jenis unit sewaan. Ada yang sudah siap kemudahan katil, mesin basuh, Tv, almari, pemanas air, peti sejuk dan sebagainya dan ada juga yang tiada kemudahan apa. Ada yang bersaiz besar dan ada juga yang bersaiz sederhana. Namun harga rumah atau bilik sebenarnya ditentukan juga oleh tuan rumah atau ejen hartanah itu sendiri, kalau pandai cari dapatlah yang murah. Kebiasaannya harga bilik sewa di Brunsfield "standard-nya" satu kepada dalam RM200.00 sebulan, ada juga yang sehingga RM250.00 sebulan. Namun tahukah anda wujudnya satu Facebook Page yang banyak mengwar-warkan info rumah dan bilik sewa murah di Shah Alam yang bernama "Rumah Sewa Murah Shah Alam" (boleh Klik untuk lihat Facebook Page itu).
Rumah Sewa Murah Shah Alam menawarkan rumah dan bilik sewa dengan harga dibawah dari harga "Standard" dengan disediakan juga kemudahan didalam unit mereka. Rumah yang banyak membolehkan peluang untuk pelajar lelaki dan perempuan tinggal berasingan dan tidak perlu risau akan masalah "rumah campur ke?" kerana rumah disediakan khas mengikut pengkelasan jantina dan harga yang tidak terlalu mahal.

Dibawah adalah contoh gambar bilik yang terpapar didalam Facebook Page Rumah Sewa Murah Shah Alam.
Comments
Post a Comment